SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Saturday, July 10, 2021

SEXUAL HARASSMENT AWARENESS TALK

      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, dengan izin Allah, taklimat kesedaran gangguan seksual telahpun dijalankan pada pagi ini. Taklimat ini adalah kesinambungan kempen Kesedaran Gangguan Seksual (Sexual Harassment Awareness). Maklumat-maklumat berkaitan telah ditampal di dinding berhadapan Bilik Pejabat Kaunseling. 

Kempen ini bertujuan untuk;

1. Memberikan kesedaran dan kefahaman tentang gangguan seksual seperti jenis-jenis gangguan seksual dan cara mengatasinya.

2. Memberi pendedahan agar semua saling berwaspada  dan bertindak sewajarnya.

3. Mendidik warga sekolah  bahawa apa-apa saja perlakuan gangguan seksual adalah tidak boleh diterima dan tiada toleransi.

Taklimat dimulakan dengan bacan Alfatihah yang diketuai oleh Ketua Biro Islamik, Awg Syamini dan diikuti dengan taklimat yang diberikan oleh Kaunselor, Cg Azie dan disambung oleh PRR Leader, Awg Fabian. 

Contoh-contoh gangguan seksual juga ditunjukkan dalam bentuk sketsa yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar PRR, diikuti dengan kuiz yang dikendalikan oleh Kaunselor Praktikum, Nisa yang dibantu oleh PRR. Lebih kurang 10 hadiah disediakan untuk segmen kuiz ini, dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab kuiz-kuiz yang diberikan dengan betul. 

Ringkasan perjalanan program adalah sebagaimana berikut;

7.45-8.45am

-        Kehadiran pelajar, guru-guru dan kakitangan.

-        Leaflet sexual harassment awareness diedarkan kepada semua yang hadir.

-        Bacaan Alfatihah oleh ketua biro Islamik, Awg Syamini.

-        Taklimat dari kaunselor ptes tentang kesedaran gangguan seksual iaitu definisi, jenis dan kepentingan mengetahui tentang gangguan seksual.

-        Taklimat seterusnya diberikan oleh ketua PRR Awg Fabian mengenai cara mengatasi gangguan seksual beserta ontoh-contoh gangguan seksual dilakonkan oleh pelajar-pelajar PRR dan Tindakan yang perlu diambil.

-        QR code aduan gangguan seksual dan no hp kaunselor turut diedarkan.

-        Kuiz dan hadiah

-        Wal Asr oleh Awg Syamini

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil oleh Biro Publisiti PRR. Semoga taklimat ini dapat mendatangkan faedah dan manfaat.