بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Satu program tambahan atas inisiatif kaunselor dan pelajar PRR biro Islamik telahpun diadakan iaitu Program Shoutul Fata yang disasarkan khas untuk pelajar perempuan sahaja. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama muslimah PTES, berkongsi ilmu yang bermanfaat dunia dan ukhrawi, menawarkan 'support system' dalam usaha meringankan sebarang beban masalah yang dihadapi pelajar dan menyemarakkan aktiviti di surau sekaligus meraih keredhaan Allah.
Program ini dikendalikan oleh pelajar perempuan PRR biro Islamik untuk membantu para pelajar muslimah agar lebih terbuka dalam berkongsi permasalahan yang dihadapi. Program ini dapat mengasah kemahiran PRR dalam mengendalikan sesi kausneling sekaligus membantu mengurangkan tempoh menunggu perjanjian dikalangan pelajar memandangkan sesi temujanji bersama kaunselor agak padat dan terpaksa menunggu giliran. Walaubagaimanapun, permasalahan yang berat akan dirujuk kepada kaunselor.
Program ini dimulakan apda 20hb Julai 2021 dan dirancang untuk diadakan pada 2 minggu sekali setiap hari selasa dari jam 2.30 hingga 3.30pm. Namun, program ini hanya sempat dijalankan sekali memandangkan sesi persekolahan ditutup akibat Covid pada Ogos 2021 lalu. Berikut adalah gambar yang sempat diambil oleh pelajar PRR semasa program berkenaan namun tidak semua sempat bergambar kerana sebahagian AJK dan pelajar telahpun balik.