بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, taklimat kesedaran gangguan seksual telahpun dijalankan pada pagi ini. Taklimat ini adalah kesinambungan kempen Kesedaran Gangguan Seksual (Sexual Harassment Awareness). Maklumat-maklumat berkaitan telah ditampal di dinding berhadapan Bilik Pejabat Kaunseling.
Kempen ini bertujuan untuk;
1. Memberikan
kesedaran dan kefahaman tentang gangguan seksual seperti jenis-jenis gangguan
seksual dan cara mengatasinya.
2. Memberi
pendedahan agar semua saling berwaspada
dan bertindak sewajarnya.
3. Mendidik warga sekolah bahawa
apa-apa saja perlakuan gangguan seksual adalah tidak boleh diterima dan tiada
toleransi.
Taklimat dimulakan dengan bacan Alfatihah yang diketuai oleh Ketua Biro Islamik, Awg Syamini dan diikuti dengan taklimat yang diberikan oleh Kaunselor, Cg Azie dan disambung oleh PRR Leader, Awg Fabian.
Contoh-contoh gangguan seksual juga ditunjukkan dalam bentuk sketsa yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar PRR, diikuti dengan kuiz yang dikendalikan oleh Kaunselor Praktikum, Nisa yang dibantu oleh PRR. Lebih kurang 10 hadiah disediakan untuk segmen kuiz ini, dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab kuiz-kuiz yang diberikan dengan betul.
Ringkasan perjalanan program adalah sebagaimana berikut;
7.45-8.45am
-
Kehadiran pelajar, guru-guru dan kakitangan.
-
Leaflet sexual harassment awareness diedarkan kepada semua yang
hadir.
-
Bacaan Alfatihah oleh ketua biro Islamik, Awg Syamini.
-
Taklimat dari kaunselor ptes tentang kesedaran gangguan seksual
iaitu definisi, jenis dan kepentingan mengetahui tentang gangguan seksual.
-
Taklimat seterusnya diberikan oleh ketua PRR Awg Fabian
mengenai cara mengatasi gangguan seksual beserta ontoh-contoh gangguan seksual
dilakonkan oleh pelajar-pelajar PRR dan Tindakan yang perlu diambil.
-
QR code aduan gangguan seksual dan no hp kaunselor turut
diedarkan.
-
Kuiz dan hadiah
-
Wal Asr oleh Awg Syamini
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil oleh Biro Publisiti PRR. Semoga taklimat ini dapat mendatangkan faedah dan manfaat.