بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bil |
Aktiviti |
Tentatif Jangka Masa |
1. |
Modul 1: Talaqqi& Musyafahah
(kem literasi AlQuran) |
Sept-Nov |
2. |
Modul 2: Tasmik |
Feb-Mei |
3. |
Modul 3: Tadabbur |
Jun - Sept |
4. |
Khatam |
Sept-Nov |
1.
Pihak PTE Sengkurong
melantik 4 orang Guru tasmik dalam Modul 1 (2 orang terdiri dari bahagian
keagamaan dan 2 lagi bahagian kaunseling PTE Sengkurong termasuk kaunselor).
2.
Seeramai 24 orang pelajar
MPP dan PRR dipilih untuk mengikuti Program ini dalam Modul 1, iaitu 12 pelajar
lelaki MPP & PRR, dan 12 lagi pelajar perempuan MPP & PRR). Pembahagian
Kumpulan adalah sebagaimana berikut;
-
Kumpulan 1 (MPP Lelaki-6
orang) di bawah pimpinan Ustaz Hj Zul
-
Kumpulan 2 (PRR Lelaki -6
orang) di bawah pimpinan Cg Pg Mukmin
-
Kumpulan 3 (MPP Perempuan -6
orang) di bawah pimpinan Ustazah Dk Siti Nordiyana
-
Kumpulan 4 (PRR Perempuan -6
orang) di bawah pimpinan Cg Azie (Saya selaku kaunselor)
3.
Guru tasmik hendaklah
membimbing bacaan dan merekod bacaan pelajar dalam Buku Rekod Bacaan setiap
kali ditasmik.
4.
Pelajar yang belum lancar
membaca al-Quran perlu dibimbing secara berterusan melalui Kem Literasi
al-Quran secara fizikal atau online.
5.
Setiap pelajar mesti
memiliki dan memelihara Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh
Bahagian Kaunseling PTE Sengkurong.
6.
Guru tasmik hendaklah
menilai dan mengesahkan pencapaian pelajar setiap bulan dalam Buku Rekod
Bacaan.
7.
Setiap pelajar perlu membaca
Quran setiap hari mengikut pembahagian muka surat yang dicadangkan oleh guru
tasmik manakala manakala yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat
dengan agihan juzuk yang dicadangkan. Ini adalah supaya kualiti bacaan para
pelajar akan bertambah baik setiap hari.