SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Saturday, January 30, 2021

PROGRAM FRUIT DAY JANUARI

          بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, pada pagi ini Program Fruit Day berjaya dilaksanakan iaitu kesinambungan dari tahun lepas. InsyaAllah Program ini akan diadakan setiap bulan. Bagi mengimbas kembali objektif program ini, program ini bertujuan untuk;

1. Untuk menggalakkan warga PTE Sengkurong untuk mempraktikkan cara hidup yang lebih sihat iaitu mengamalkan buah-buahan dalam makanan seharian.

2. Mewujudkan sikap suka bersedekah dan berkongsi sesuai dengan ajaran Islam sejajar dengan motto Porgram iaitu "Give what you can, take what you need". 

3. Mengeratkan silaturrahin di kalangan warga PTES di samping mengetengahkan/memperkenalkan jenis/nama buah kepada sesiapa yang belum mengetahuinya.

















Tuesday, January 26, 2021

TAKLIMAT PROGRAM SAHABAT AL-QURAN MODUL 2

                                                                                 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, pada pagi ini perjumpaan pertama bersama kesemua kumpulan pentasmik dalam Program Sahabat Quran Modul 2 berjaya dilaksanakan. Sedikit penerangan tentang program ini, program Sahabat Quran 3T (Talaqqi, Tasmik dan Tadabbur) dimulakan pada bulan September tahun lepas dan dirasmikan oleh Dr Hjh Sarina Binti Hj Yahya, Penolong Professor Fakulti Usuluddin UNISSA pada bulan November sempena Majlis Sambutan Maulidurrasul di PTE Sengkurong. 

Program ini mengandungi 4 Modul seperti berikut;

Bil

Aktiviti

Tentatif Jangka Masa

1.       

Modul 1: Talaqqi& Musyafahah (kem literasi AlQuran)

Sept-Nov

2.       

Modul 2:

Tasmik

Feb-Mei

3.       

Modul 3:

Tadabbur

Jun - Sept

4.       

Khatam

Sept-Nov

 
Manakala strategi perlaksanaannya pula ialah sebagaimana berikut;

Bagi Modul 1 (Talaqqi);

1.      Pihak PTE Sengkurong melantik 4 orang Guru tasmik dalam Modul 1 (2 orang terdiri dari bahagian keagamaan dan 2 lagi bahagian kaunseling PTE Sengkurong termasuk kaunselor).

2.      Seeramai 24 orang pelajar MPP dan PRR dipilih untuk mengikuti Program ini dalam Modul 1, iaitu 12 pelajar lelaki MPP & PRR, dan 12 lagi pelajar perempuan MPP & PRR). Pembahagian Kumpulan adalah sebagaimana berikut;

-          Kumpulan 1 (MPP Lelaki-6 orang) di bawah pimpinan Ustaz Hj Zul

-          Kumpulan 2 (PRR Lelaki -6 orang) di bawah pimpinan Cg Pg Mukmin

-          Kumpulan 3 (MPP Perempuan -6 orang) di bawah pimpinan Ustazah Dk Siti Nordiyana

-          Kumpulan 4 (PRR Perempuan -6 orang) di bawah pimpinan Cg Azie (Saya selaku kaunselor)

 

3.      Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan pelajar dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.

 

4.      Pelajar yang belum lancar membaca al-Quran perlu dibimbing secara berterusan melalui Kem Literasi al-Quran secara fizikal atau online.

 

5.      Setiap pelajar mesti memiliki dan memelihara Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh Bahagian Kaunseling PTE Sengkurong.

 

6.      Guru tasmik hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian pelajar setiap bulan dalam Buku Rekod Bacaan.

 

7.      Setiap pelajar perlu membaca Quran setiap hari mengikut pembahagian muka surat yang dicadangkan oleh guru tasmik manakala manakala yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan. Ini adalah supaya kualiti bacaan para pelajar akan bertambah baik setiap hari.

Modul 2 (Tasmik);

1. Setiap kumpulan pelajar (4 kumpulan) dilantik selaku Pelajar Pentasmik.
2. Setiap Pelajar pentasmik akan mentasmik bacaan pelajar sukarela.
3. Contoh, bagi Kumpulan 4 pelajar PRR perempuan yang dibawah pengawasan kaunselor, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu pentasmik 1 dan pentasmik 2. Setiap pentasmik ada pelajar yang perlu ditasmik dan bagi kumpulan 4, mereka mentasmik seramai 4 orang pelajar.
4. Pelajar Pentasmik perlu mencatat daftar kehadiran bagi setiapkali mereka mentasmik bacaan pelajar sukarela (di bawah pengawasan kaunselor). Daftar kehadiran disediakan oleh kaunselor. 

Maka, pada tahun ini, Modul seterusnya merupakan Modul 2 iaitu kesinambungan Modul 1. Oleh itu, perjumpaan bagi modul ini telahpun dilaksanakan di Bilik Persidangan pada 26hb Januari 2021. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan Alfatihah dan taklimat disampaikan oleh saya (cg Azie) dan Ustaz Hj Zul. 

Pelajar Pentasmik diberi taklimat tentang tugas dan peranan masing-masing, khasnya perlaksanaan Modul 2 yang akan dijalankan secara berterusan mulai dari Februari hingga Mei sebelum diteruskan dengan modul 3. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.













Thursday, January 14, 2021

PERJUMPAAN BAHAGIAN KAUNSELING DENGAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PRR 2020/2021 (6 PENTADBIR, HOBS/AHOBS)

                                                                         بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, perjumpaan pertama bahagian kaunseling dengan ahli Jawatankuasa tertinggi PRR 2020/2021 sempat diungkayahkan untuk membincangkan beberapa agenda penting seperti aktiviti orientasi pelajar enam bawah akan datang, recruiting new prr 2021/2022 seperti jadual, soalan temuduga dan sebagainya, perisian kursus asas PRR 2021/2022 akan datang, investiture bulan April dan program Fruit day yang perlu diteruskan.

Perjumpaan dimulakan dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Hakim selaku HOB Islamic Bureau. Alhamdulillah perjumpaan pada petang ini lancar.