SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Sunday, January 14, 2024

MENAMATKAN PERKHIDMATAN DI PTE SENGKURONG

                                                بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan yang saya telahpun menamatkan tugas di Pusat Tingkatan Enam 2hb Januari 2024 dan berpindah ke Sekolah Menengah Rimba pada tarikh yang sama.


Alhamdulillah, banyak pengalaman dan kenangan yang diperolehi sepanjang 4 tahun perkhidmatan saya di PTE Sengkurong ini dan blog ini adalah salah satu platform untuk mengabadikan kenangan tersebut.


Setinggi-tinggi ucapan terimakasih dan penghargaan kepada bahagian pentadbiran dan warga PTE Sengkurong terutama komiti kaunseling PTES dan saya ingin meminta maaf atas sebarang kekhilafan sepanjang berada di sini. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang buruk dari saya sendiri.


Wassalam. مع السلامه