SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Tuesday, January 25, 2022

PERJUMPAAN BAHAGIAN KAUNSELING DENGAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PRR2021/2022 ( 4 PENTADBIR & 4 HOBS)

                                                                        بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, perjumpaan pertama bahagian kaunseling dengan ahli Jawatankuasa tertinggi PRR 2021/2022 sempat diungkayahkan untuk membincangkan beberapa agenda penting seperti perisian orientasi dan aktiviti yang akan dijalankan termasuklah perkara-perkara yang perlu diambil tindakan untuk pengambilan pelajar PRR yang baru bagi sesi 2022/2023. 

Perjumpaan dimulakan dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Syamini selaku HOB Islamic Bureau. Alhamdulillah perjumpaan yang diadakan di makmal kimia pada pagi ini lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini. InsyaAllah perjumpaan yang akan melibatkan kesemua ahli PRR akan dibuat pada bulan Februari secara virtual.