بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, sebagai penutup aktiviti PRR bagi tahun 2021, kimiti kaunseling dan pelajar PRR menganjurkan permainan Crab Game untuk pelajar-pelajar enam bawah. Permainan ini adalah pilihan PRR dan komiti kaunseling memberi peringatan kepada para pemain agar tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kurang baik dan meniru sebarang aksi di dalam permainan tersebut.
Tujuan aktiviti ini ialah;
1. Untuk
mengeratkan silaturrahim dikalangan pelaajr-pelajar PTES khasnya tahun 6 bawah
yang tidak berkesempatan banyak mengikuti aktiviti kerana pandemik
2. Sebagai ‘stress
outlet’ untuk meredakan tekanan selepas peperiksaan dan pembelajaran secara
maya.
3. Mengasah
kemahiran kepimpinan dan pengelolaan aktiviti para pelajar PRR.
RiRingkasan perjalanan aktiviti ialah;
9am - Kehadiran peserta secara virtual melalui aplikasi MSTEAMS
-
Bacaan Alfatihah
-
Ucapan pendahuluan dari kaunselor da PRR leader
-
Sesi bergambar ramai
-
Taklimat peraturan permainan crab game
-
Pembahagian kumpulan
-
Aktiviti permainan dimulakan
- Pengumuman pemenang aktiviti (5 pemenang akan dipilih dan menerima $20 setiap seorang)
4.15pm- Bacaan Wal Asr dan penutup
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti;