SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Monday, April 12, 2021

PERJUMPAAN PERTAMA BAHAGIAN KAUNSELING PTES DENGAN PRR 2021/2022

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, diberikan rezeki untuk mengadakan perjumpaan bersama para pemimpin pelajar PRR sesi 2021/2022 untuk membincangkan tentang beberapa perkara seperti tarikh pemilihan kursus lanjutan, tugas dan tanggungjawab, the Do's and Dont's dan sebagainya.

Berikut adalah senarai PRR 2021/2022 dan gambar semasa perjumpaan tersebut. 











Saturday, April 10, 2021

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PERLANTIKAN BAGI PEMIMPIN PELAJAR MPP & PRR SESI 2021/2022

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, berlangsunglah sudah penyerahan tugas dan majlis perlantikan bagi para pemimpin pelajar MPP dan PRR pada hari ini. Diucapkan jutaan terima kasih ke atas jasa-jasa mereka sepanjang tahun lepas hingga ke awal tahun ini. Walaupun negara diuji dengan pandemik Covid19 pada tahun lalu, namun mereka tetap aktif bergiat, dan para PRR sentiasa membantu dalan mengungkayahkan sebarang aktiviti kaunseling khasnya dan PTES amnya. 

Terima kasih yang tak terhingga dan didoakan semoga kamu mendapatkan keputusan AS dan A level yang cemerlang pada tahun ini dan sentiasa maju jaya dalam apa saja bidang yang diceburi. 

KEpada pemimpin pelajar yang baru, khasnya PRR, semoga sentiasa aktif dan menjaga tingkahlaku kerana kamu kini memikul tanggungjawab dan amanah yang sangat besar dan penting. Semoga dapat menjadi PRR yang berdedikasi dan berkepimpinan. Terima kasih di atas gambar0gamabr yang diambil sepanjang majlis berkenaan.