بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, pada pagi ini Program Fruit Day untuk bulan Mac telahpun dijalankan. InsyaAllah mungkin bulan ini adalah bulan terakhir bagi Program ini memandangkan kita sudah memasuki bulan Ramadhan pada April dan Syawal pada Mei. Bagi mengimbas kembali objektif program ini, program ini bertujuan untuk;
1. Untuk menggalakkan warga PTE Sengkurong untuk mempraktikkan cara hidup yang lebih sihat iaitu mengamalkan buah-buahan dalam makanan seharian.
2. Mewujudkan sikap suka bersedekah dan berkongsi sesuai dengan ajaran Islam sejajar dengan motto Porgram iaitu "Give what you can, take what you need".
3. Mengeratkan silaturrahin di kalangan warga PTES di samping mengetengahkan/memperkenalkan jenis/nama buah kepada sesiapa yang belum mengetahuinya.