SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Saturday, February 27, 2021

PROGRAM ORIENTASI BAGI PARA PELAJAR ENAM BAWAH TAHUN 2021 (24th - 27th February 2021)

   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, terlaksana Program Orientasi bagi para pelajar enam bawah sesi 2021/2022. Pelbagai agenda dan aktiviti/program disediakan oleh bahagian Student Affairs sepanjang 3 hari orientasi termasuklah aktiviti ice breaking kelolaan bersama MPP dan PRR.

Berikut adalah link / pautan gambar-gambar yang diambil oleh pelajar-pelajar MPP dan PRR sepanjang 3 hari Program Orientasi berlangsung. 

Kepada para pelajar enam bawah yang baru memasuki PTE Sengkurong tahun ini, tahniah diucapkan dan semoga sentiasa fokus dan cemerlang dunia akhirat. Elakkan dari pembaziran masa kerana masa 2 tahun yang diperuntukkan di sini akan berlalu sekelip mata tanpa disedari, oleh itu isikanlah masa sebaiknya dan timbalah pengalaman sebanyak mungkin sepanjang kamu berada di sini.


https://photos.app.goo.gl/uwGRxK1dJbS6t8jD9
https://photos.app.goo.gl/3byLPq8JZNEQfcht5

Friday, February 26, 2021

PROBLEM SOLVING STRATEGY (I.D.E.A.L)

   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, diberikan peluang untuk menyampaikan Motivasi kepada para pelajar enam bawah yang baru saja menjejakkan kaki ke alam PTE. 

Motivasi bertajuk 'IDEAL Problem Solving Strategy' disampaikan dengan hasrat agar para pelajar mahir dalam membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah seharian mereka. Kemahiran ini penting untuk membantu para pelajar agar pembelajaran dan kesihatan mental mereka tidak akan terganggu dengan masalah-masalah yang datang.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh pelajar-pelajar PRR sepanjang Motivasi berkenaan.

 
























Saturday, February 20, 2021

PROGRAM 'FRUIT DAY' BAGI BULAN FEBRUARI 2021

                     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, pada pagi ini Program Fruit Day untuk bulan Februari telahpun dijalankan. InsyaAllah Program ini akan diadakan lagi pada Mac depan. Bagi mengimbas kembali objektif program ini, program ini bertujuan untuk;

1. Untuk menggalakkan warga PTE Sengkurong untuk mempraktikkan cara hidup yang lebih sihat iaitu mengamalkan buah-buahan dalam makanan seharian.

2. Mewujudkan sikap suka bersedekah dan berkongsi sesuai dengan ajaran Islam sejajar dengan motto Porgram iaitu "Give what you can, take what you need". 

3. Mengeratkan silaturrahin di kalangan warga PTES di samping mengetengahkan/memperkenalkan jenis/nama buah kepada sesiapa yang belum mengetahuinya.