بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bermula pada hari ini Islamic Bureau (PRR) akan menggunakan QR Code (perisian Microsoft Forms) sebagai monitoring purpose bagi mencatat kehadiran para pelajar yang menunaikan Solat Fardhu Zuhur secara berjemaah di Masjid (bagi pelajar lelaki) dan Surau (bagi pelajar perempuan).
QR Code ini dibuat oleh kaunselor untuk memudahkan tugasan Islamic Bureau mencatat data yang dikehendaki. Link bagi QR Code ini juga diedarkan setiap hari sebagai alternatif bagi pelajar yang tidak dapat mengimbas qr code berkenaan (hp tidak support). Soalan ini hanya akan dibuka pada jam 12 hingga 2pm setiap hari persekolahan. Contoh soalan yang terkandung dalam link QR Code berkenaan adalah sebagaimana berikut;
Untuk soalan no 2 hanya di jawab oleh pelajar yang menjawab 'No' pada soalan pertama.
Soalan adalah sama setiap hari dan inisiatif ini adalah atas kerjasama bersama dengan Bahagian Pengajian Islam, PTE Sengkurong. Melalui data yang diperolehi, pihak PTE Sengkurong akan dapat data dan maklumat tentang keberkesanan Program ini sekaligus dapat melihat senarai nama-nama pelajar yang mengimbas/tidak mengimbas kod dan yang solat ataupun tidak.