SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Saturday, June 27, 2020

KURSUS PRR SESI 2020/2021

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari ini kursus PRR berjaya diungkayahkan dengan bantuan Penyelaras dan mahasiswi/a dari UNISSA. Kursus ini dijalankan dengan mematuhi langkah-langkah dan garispandu yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. 

Objektif kursus ini adalah untuk;
  1. Membina pasukan PRR yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-rakan.
  2. Melatih PRR supaya dapat bekerjasama dalam satu pasukan.
  3. Agar PRR dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Memandangkan masa kursus adalah terhad, kursus sesi kedua akan dijalankan secara berperingkat mengikut biro. (Ulasan: Selain dari 6 orang ketua yang dipanggil pentadbir PRR mulai dari tahun ini, Pelajar PRR yang lain dibahagikan kepada 4 kumpulan yang dipanggil 'biro',dan biro-biro tersebut ialah biro Welfare, Academic, Islamic dan Publicity/ICT). 

Dalam kursusu sesi pertama ini, seramai 38 orang pelajar yang terlibat dan kursus ini diadakan di MMT yang mempunyai kapasiti seramai 300 orang. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang kursus.



Bacaan doa yang diketuai oleh Hakim selaku HOB (Head of bureau) Islamic.

dari kiri,. pelajar PRR senior Iman Haarisah, saya sendiri dan penyelaras PRR, Cg Hafizah.











Pemenang aktiviti Candy Who?

Penolong ketua PRR, Syakira




Suzardi, pemenang aktiviti Charades




Aktiviti-aktiviti yang dipilih tidak melanggar garispandu iaitu masih mengekalkan social distancing. 

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan kursus ini dan terima kasih diucapkan kepada peserta kursus yang terlibat. Diharapkan agar kesemua PRR akan dapat menggalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Semoga sentiasa komited dan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dikongsikan semasa kursus.

Thursday, June 4, 2020

LAWATAN KBHEP, UK DAN UKK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bahagian kaunseling dan hal ehwal pelajar PTE Sengkurong menerima lawatan kerja dari Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KBHEP), Unit Kesejahteraan (UK) dan Unit kaunseling dan Kerjaya (UKK) pada pagi ini. 
Perbincangan lawatan berkisar tentang hal ehwal pelajar khasnya pembelajaran semasa masih dalam kangkah berjaga-jaga seperti pengamalan 'Social Distancing' dan sebagainya.

Lawatan ebrmula di bilik kaunseling dan berakhir di bilik pengetua PTE Sengkurong.

Terima kasih diucapkan kepada yang mulia KBHEP, UK dan UKK atas pemedulian yang ditunjukkan. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu lawatan kerja tersebut.





Cg Suwarddy (Kesejahteraan Pelajar)
 




Tuesday, June 2, 2020

PEMENANG PROGRAM "CABARAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN" BAGI TAHUN 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, untuk julung-julung kalinya Program ini diadakan di PTE Sengkurong dan dibukakan kepada pelajar PRR 2020 sebagai inisiatif kaunselor untuk melibatkan pelajar PRR dengan aktiviti yang berfaedah sekaligus untuk merebut ganjaran pahala dari Allah SWT.

Aktiviti ini sangat ringkas, iaitu para pelajar PRR 2020 (lebih kurang 43 orang kesemuanya) perlu membaca/melafaz seberapa banyak lafaz wirid tahlil yang diberikan, dan setiap malam seorang pemenang akan dipilih dan diberikan insentif wang tunai $5. Alhamdulillah, saingan sangat sengit dan jumlah bacaan terbanyak adalah 1200. Lafaz tersebut ialah seperti berikut ;

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


[Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir.]

[Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Dialah satu-satunya dan tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya seluruh kerajaan dan segala puji. Dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.]


Walaupun ringkas, tapi tujuan utamanya adalah untuk mendidik PRR yang berugama Islam agar sentiasa ingat kepada Allah. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepada-Mu. Bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”
Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Dialah satu-satunya dan tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya seluruh kerajaan dan segala puji. Dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu) dalam sehari seratus kali, itu sama pahalanya dengan membebaskan sepuluh hamba sahaya dan dituliskan untuknya seratus kebaikan, serta dihapuskan dari dirinya seratus kejelekan (dosa). Dzikir itu juga penjaga dirinya dari gangguan syaitan pada hari itu sehingga petang. Dan tidak ada seorang pun yang datang membawa amal yang lebih baik daripada yang ia bawa, kecuali ada orang yang beramal lebih banyak daripada dirinya.”
Tahniah kepada pemenang-pemenang, iaitu Ak Imanuddin ($5), Annie ($15), Izaaz ($5), Marsya ($10) dan Haziyah($5). Tahniah kepada Annie yang memenanginya sebanyak 3kali bacaan dan Marsya yang menang sebanyak 2x.


Semoga amalan ini dapat diteruskan secara istiqamah dan bukan hanya waktu puasa sahaja.