SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Sunday, May 24, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah memberikan kita rezeki untuk meraikan aidilfitri walaupun di dalam keadaan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Bahagian kaunseling PTES dengan kerjasama PRR senior 2019 dan PRR junior 2020 telah menghasilkan 2 klip video sempena aidilfitri kali ini. 

Link bagi video PRR junior (raya challenge) bolehlah di klik di sini →💜, manakala link klip video ucapan hari raya dari PRR senior 2019 bolehlah di klik / tonton di sini → 💘

Sebahagian gambar dari video berkenaan seperti berikut;









Setinggi-tinggi penghargaan untuk kesemua pelajar PRR yang terlibat sama dalam penghasilan video klip ini.

Sekali lagi, diucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Stay safe everyone 💜💘💜💘

Friday, May 15, 2020

VIDEO KEEMPAT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari ini sambungan dari video ke tiga yang bertajuk "5 ways to develop self directed learning strategy -PART 1" telah disebarkan kepada para pelajar melalui group tutor masing-masing. Video tersebut berdurasi kurang dari 3 minit seperti video-video yang sebelumnya untuk menjimatkan konsumsi data pelajar. 

Penghasilan video tips motivasi  berdurasi pendek ini diharapkan akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar khasnya pelajar PTE Sengkurong. 

Video yang dikongsikan sengaja dikurangkan kualitinya agar tidak memakan terlalu banyak data pelajar. Bagi yang mungkin terpadam atau belum menontonnya, bolehlah klik di sini → 👍 Para pelajar boleh lah menghubungi kaunselor atau PRR jika ingin  video berkenaan dihantar melalui whatsapp.

p/s: Maafkan sebarang kesilapan teknikal/kekurangan dari segi audio/grafik kerana saya bukanlah seorang yang professional dalam penghasilan video. 




Sunday, May 3, 2020

ONLINE CONSENT FORM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Untuk makluman, setiap sesi kaunseling yang dijalankan secara online perlulah ada borang persetujuan atau consent form. Consent form ini hendaklah di isi sebelum menjalani sesi kaunseling atau untuk kes-kes mendadak / urgent issues dan terpaksa menjalani sesi terlebih dulu hendaklah mengisinya selepas sesi (dengan segera).

Link bagi borang tersebut dapatlah di klik di sini ⇾📝


Friday, May 1, 2020

VIDEO KETIGA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari ini sambungan dari video ke dua yang bertajuk "5 tips how to manage your time better-PART 2" telah disebarkan kepada para pelajar melalui group tutor masing-masing. Video tersebut berdurasi kurang dari 3 minit seperti video-video yang sebelumnya untuk menjimatkan konsumsi data pelajar. 

InsyaAllah, atas perbincangan bersama Tuan Pengetua, video selanjutnya akan dikongsikan dalam tempoh 2 minggu akan datang, insyaAllah. 

Penghasilan video tips motivasi  berdurasi pendek ini diharapkan akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar khasnya pelajar PTE Sengkurong. 

Video yang dikongsikan sengaja dikurangkan kualitinya agar tidak memakan terlalu banyak data pelajar. Bagi yang mungkin terpadam atau belum menontonnya, bolehlah klik di sini → 😊

p/s: Maafkan sebarang kesilapan teknikal/kekurangan dari segi audio/grafik kerana saya bukanlah seorang yang professional dalam penghasilan video.