بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, pada hari ini satu lagi video berdurasi pendek telahpun dihasilkan dan disebarkan kepada para pelajar melalui group tutor masing-masing. Video berdurasi kurang dari 3 minit tersebut bertajuk '5 tips how to manage your time better- PART 1", dan InsyaAllah PART 2 akan menyusul minggu seterusnya.
Penghasilan video tips motivasi berdurasi pendek ini diharapkan akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar khasnya pelajar PTE Sengkurong.
Video yang dikongsikan sengaja dikurangkan kualitinya agar tidak memakan terlalu banyak data pelajar. Bagi yang mungkin terpadam atau belum menontonnya, bolehlah klik di sini → 💖
p/s: Maafkan sebarang kesilapan teknikal/kekurangan dari segi audio/grafik kerana saya bukanlah seorang yang professional dalam penghasilan video.