بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tajuk di atas merupakan tajuk taklimat yang saya berikan kepada warga PTES sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 36 di MPH, PTES. Memandangkan masa yang agak singkat, taklimat tersebut terpaksa di ringkaskan dan hanya menyentuh beberapa aspek penting yang perlu diterapkan khasnya kepada para pelajar. Objektif asal taklimat ini adalah untuk;
1. Memberikan
kesedaran tentang betapa bermaknanya merdeka bagi Brunei dan pentingnya
mensyukuri nikmat kemerdekaan
2. Memberikan
motivasi tentang peranan warga PTES sebagai anak bangsa bagi menyahut wawasan
2035
3. Memberikan kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya penghijrahan
minda dalam memastikan masa depan yang berkualiti
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil dan dikongsikan oleh beberapa pelajar sepanjang sambutan HK36 di MPH PTES. Terima kasih diucapkan atas perkongsian gambar ini dan semoga taklimat tersebut bermanfaat.