SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BAHAGIAN KAUNSELING, PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

Sunday, January 14, 2024

MENAMATKAN PERKHIDMATAN DI PTE SENGKURONG

                                                بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan yang saya telahpun menamatkan tugas di Pusat Tingkatan Enam 2hb Januari 2024 dan berpindah ke Sekolah Menengah Rimba pada tarikh yang sama.


Alhamdulillah, banyak pengalaman dan kenangan yang diperolehi sepanjang 4 tahun perkhidmatan saya di PTE Sengkurong ini dan blog ini adalah salah satu platform untuk mengabadikan kenangan tersebut.


Setinggi-tinggi ucapan terimakasih dan penghargaan kepada bahagian pentadbiran dan warga PTE Sengkurong terutama komiti kaunseling PTES dan saya ingin meminta maaf atas sebarang kekhilafan sepanjang berada di sini. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang buruk dari saya sendiri.


Wassalam. مع السلامه

Sunday, May 29, 2022

PENGUMUMAN!

     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mulai Mac 2022, Blog Kaunseling hanya digunakan untuk salah satu kaedah temujanji dan ujian psikometrik seperti VARK, DASS21 dan Personality Test Carl Jung. 

Segala gambar dan sebarang laporan aktiviti/ program yang dijalankan oleh bahagian kaunseling PTE Sengkurong akan dimuat naik di laman IG rasmi kaunseling, iaitu; 


ptescounsellingofficial



Sekian, harap maklum. 

Tuesday, January 25, 2022

PERJUMPAAN BAHAGIAN KAUNSELING DENGAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PRR2021/2022 ( 4 PENTADBIR & 4 HOBS)

                                                                        بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, perjumpaan pertama bahagian kaunseling dengan ahli Jawatankuasa tertinggi PRR 2021/2022 sempat diungkayahkan untuk membincangkan beberapa agenda penting seperti perisian orientasi dan aktiviti yang akan dijalankan termasuklah perkara-perkara yang perlu diambil tindakan untuk pengambilan pelajar PRR yang baru bagi sesi 2022/2023. 

Perjumpaan dimulakan dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Syamini selaku HOB Islamic Bureau. Alhamdulillah perjumpaan yang diadakan di makmal kimia pada pagi ini lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini. InsyaAllah perjumpaan yang akan melibatkan kesemua ahli PRR akan dibuat pada bulan Februari secara virtual. 







Saturday, December 4, 2021

CRAB GAME!

       بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, sebagai penutup aktiviti PRR bagi tahun 2021, kimiti kaunseling dan pelajar PRR menganjurkan permainan Crab Game untuk pelajar-pelajar enam bawah. Permainan ini adalah pilihan PRR dan komiti kaunseling memberi peringatan kepada para pemain agar tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kurang baik dan meniru sebarang aksi di dalam permainan tersebut. 

Tujuan aktiviti ini ialah;
 1.      Untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan pelaajr-pelajar PTES khasnya tahun 6 bawah yang tidak berkesempatan banyak mengikuti aktiviti kerana pandemik

2.      Sebagai ‘stress outlet’ untuk meredakan tekanan selepas peperiksaan dan pembelajaran secara maya.

3.      Mengasah kemahiran kepimpinan dan pengelolaan aktiviti para pelajar PRR.

RiRingkasan perjalanan aktiviti ialah;

9am - Kehadiran peserta secara virtual melalui aplikasi MSTEAMS

-        Bacaan Alfatihah

-        Ucapan pendahuluan dari kaunselor da PRR leader

-        Sesi bergambar ramai

-        Taklimat peraturan permainan crab game

-        Pembahagian kumpulan

-        Aktiviti permainan dimulakan

-        Pengumuman pemenang aktiviti (5 pemenang akan dipilih dan menerima $20 setiap seorang)

4.15pm-        Bacaan Wal Asr dan penutup

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti;













Wednesday, November 3, 2021

MOTIVASI KESIHATAN MENTAL, "ARE YOU OKAY?"

      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, dengan kerjasama mahasiswi praktikum PTES dan SM RIMBA II, motivasi kesihatan mental telahpun dilaksanakan pada hari ini. Antara objektif motivasi ini adalah;

1.      Untuk memberikan informasi dan pengetahuan mengenai kesihatan mental

2.      Berkongsi tips menangani masalah kesihatan mental

3.     Memberikan pengetahuan tentang punca, akibat dan kesan masalah kesihatan mental seperti kemurungan

4.      Memberikan kemahiran mengendalikan tekanan perasaan melalui aktiviti online seperti teknik pernafasan, meditasi dan sebagainya.

5. Memberikan peluang kepada mahasiswi praktikum untuk terlibat dalam program bimbingan secara virtual

Berikut adalah ringkasan program;

1.45-1.50 pm- Kehadiran peserta secara virtual melalui aplikasi zoom

-        Bacaan Alfatihah

-        Ucapan pendahuluan dari kaunselor

-        Perisian 1 (Cg Azie)- How to identify, handle / react on your variety of emotions (stress, anger, inferiority,insecurity, discouragement, overwhelmed, rejected, loneliness, anxious, etc)

-        Perisian 2 (Praktikum Nisa) – Definitions, types & symptoms of Mental health disturbances

-        Perisian 3 – Positive Self Talk

-        Perisian 4 (Practicum Mumtazah) – Taking care of your mental health & aktiviti

-        Perisian 5 – Relaxation and Islamic mindfulness meditation activities techniques (Cg Azie, Nisa & Mumtazah)

-        Aktiviti pernafasan square breathing

-        Bacaan Wal Asr dan penutup

Manakala berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh mahasiswi praktikum.